Monday 23 December 2013

SEKAPUR SIRIH


SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG


Alhamdulilah kehadrat Ilahi kerana atas kurnia dan nikmat-Nya saya telah ditugaskan untuk berkhidmat di Sk Felda Semenchu ini sebagai Guru Bimbingan dan kaunseling bermula tahun 2005 hinggalah sekarang iaitu tahun 2014.

Pelbagai usaha telah saya jalankan bagi meningkatkan profesionalisme   perkhidmatan ini.Dengan tekad yang gitu, akan saya kemudikan Unit Bimbingan dan Kaunseling SKFS secemerlang yang mungkin sejajar dengan visi dan misinya seperti mana yang terkandung dalam buku rekod perkhidmatan kaunseling yang dibekalkan.Malah bukan itu sahaja,diharapkan juga ia akan dapat dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah lain di seluruh Malaysia sebagai penanda aras satu hari nanti Insa-Allah.

Pembikinan blog ini juga merupakan satu wadah untuk saya menyebarkan perkhidmatan ini secara menyeluruh di samping memudahkan akses kepada para pelajar dan warga SKFS dalam mengenali lebih dekat lagi Unit Bimbingan dan kaunseling SKFS.Oleh itu,kerjasama daripada semua pihak amatlah saya perlukan, dan besar juga harapan saya,agar kewujudan Unit Bimbingan dan kaunseling ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang mendampingnya.

Salam sayang untuk semua....

Pn.Ruziah bte Sanisman
Guru Bimbingan dan Kaunseling SKFS

      
     

Sunday 21 April 2013

UNIT BIMBINGAN KAUNSELING SK FELDA SEMENCHU

SELAMAT DATANG KE TERATAK BIMBINGAN KAUNSELING SK FELDA SEMENCHU.SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT
KEBERKATAN-NYA.